Suruh betulkan tudung di surau, warganet kecam individu pertahan ‘pondan’ masuk tandas wanita

Oleh KIM SYAZIE

Tular baru-baru ini mengenai seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman tidak senang bersama seorang lelaki yang berpakaian wanita.

Isu tersebut bermula apabila rakannya yang bertudung labuh mahu membetulkan tudung dan kebetulan ada seorang individu dikenali turut berada dalam tandas.

Apa yang mengejutkan adalah individu tersebut adalah lelaki yang sering berpakaian wanita, ketika ditegur untuk keluar malah dia pula diperli.

Kini muncul pula individu yang mempertahan tindakan lelaki tersebut dan meminta wanita lain untuk betulkan tudung di surau dan jangan jadikan ini sebagai isu.

Isu LGBT semakin berleluasa di Malaysia, masing-masing lebih memikirkan hak ‘wanita’ jadian daripada mempertahan kaum hawa sendiri.

Rata-rata warganet berang dengan isu ini malah meminta si wanita jadian itu untuk masuk ke tandas lelaki kerana aurat perlu dijaga.

“Seharusnya wanita rasa selamat dalam tandas wanita, sama ada nak bertulkan tudung atau make-up mereka. Jika anda lahir dengan genital lelaki maka gunalah tandas lelaki.

“Tak sensitif untuk anda minta wanita yang sama jantina untuk keluar demi lelaki.

“Kenapa aku yang perempuan kena bagi ruang dekat ‘pondan’. Nak pertahan hak mereka sampai hak muslimah kena korbankan untuk privasi pendosa?,” antara komen netizen.

Semakin banyak kes melibatkan geng LGBT, malah kadangkala sukar untuk membezakan wanita tulen dan jadian.

Jadikan Thailand sebagai contoh, transgender di sana masih menggunakan tandas mengikut jantina asal mereka demi menghormati privasi wanita.

Baca juga: Tular video lelaki makan telur buaya, ini penjelasan Pejabat Mufiti Wilayah -“Halal ke?”