“Susah betul kahwin dengan anak mak, nak keluar berdua dengan suami pun dihalang…”

Oleh MAISARAH AISYA

Ibu bapa janganlah terlalu mengongkong anak apatah lagi jika mereka sudah mendirikan rumah tangga, tidak kiralah mereka anak tunggal atau anak emas.

Anak-anak yang sudah berkahwin harus bertanggungjawab terhadap keluarga mereka terlebih dahulu dan bukan meminggirkan isteri, suami demi ibu bapa.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap ibu mentua yang terlalu mengawal suami walaupun selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

“Saya dah berumah tangga lebih 10 tahun. Dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Saya memilih untuk menikahi suami selepas solat istikharah dan dia hadir dalam mimpi saya.

Teman lelaki yangcinta pertama tak muncul, jadi dia ni yang ke berapa entah tiba-tiba muncul dan tak sangka dialah rupanya jodoh saya.

Masalah sekarang dia ni tinggal seorang sahaja lelaki dalam keluarga dia, adik-beradik dia yang pempuan dah berhijrah kahwin duduk jauh. d

Jadi tingallah dia yang merupakan satu-satunya buah hati, intan payung dan segala bagai kepada ibunya.

Pada awalnya ibu mentua tak dapat menerima perkahwinan suami kerana saya dilihat seolah-olah merampas kasih sayang anaknya.

Cemburu juga tidak menentu hingga ke sekarang masih wijud perasaan itu kepada saya walaupun dah ada cucu.

Di awal perkahwinan, ibu mentua saya depan orang lain kata lain, tunjuk orang lain yang dia begitu baik pada saya, tapi bila depan saya cakap angkuh, siap menyindir.

Kadang-kadang mengada-ngada nak makan bersuap dengan anaknya. Sakit pula hati bila suami pilih buat rumah sebelah rumah ibu mentua.

Mula-mula bising sahaja orang tua tu marah-marah, saya tak layan pun lama-lama senyaplah ibu mentua saya tu..

Alhamdulillah tenang sikit, tapi saya seolah dah belajar hidup tidur sendiri, ke mana-mana sendiri kerana pada masa tu saya ajak suami keluar, saya yang nak belanja,

Tapi ibu mentua halang, biala saya ajak dia sekali, dia tolak pula. Jadi saya keluar sendiri dengan anak-anak seronok tengok wayang, makan-makan.

Kisahnya suatu hari saya tergoda dengan seorang lelaki di KFC senyum dan lirikan mata yang menambat perasaan saya.

Tapi buat masa ni belum terlanjur apa-apa, sebab lelaki tersebut entah ke mana? Cuma teringat.

Saya cuba untuk mencari maklumat lelaki ini, namun tidak berjaya. Hati ni teringat kat orang lain daripada suami sendiri, padahal suami tu dah cukup baik, baik sangat.

Baca juga: “Aku ceraikan isteri sebab mulut adik-beradik aku sendiri, bila dia kahwin lain barulah aku sedar…”