Susah nak cari makanan sedap, pelancong China tak nak jejak Singapura lagi, kecewa harga mahal

Oleh MALAYSIADATELINE

Umum tahu bahawa kehidupan di Singapura agak mahal meskipun negaranya tidak sebegitu luas.

Rata-rata pelancong yang datang juga mengadu benda sama iaitu makanan mahal dan rasanya tidak setanding harga.

Catatan itu dimuat naik pelancong berkenaan, Chan Xiaoyang di platform Xiaohongshu pada 18 Oktober lalu sebelum tular di media sosial lapor AsiaOne.

Dalam catatan Xiaohongshu, pelancong itu mendakwa bahawa dia tidak akan kembali ke Singapura lagi, kerana makanan di sana mahal, dan rasanya tidak enak.

Pelancong itu juga meluahkan kemarahan dalam hantaran tersebut, menyatakan bahawa Singapura ibarat padang pasir dalam mencari makanan yang enak.

Hantaran itu mendapat 158 komen dan disambut dengan pelbagai reaksi tapi kebanyakan setuju tentang kesukaran mencari makanan sedap.

“Sembilan daripada 10 tempat makanan di Singapura tidak bagus,” komen seorang pengguna.

“Sepatutnya saya nampak hantaran ni tadi, kena tipu, memang teruk rasanya!” tambah seorang lagi pengguna.

Malah pelancong tersebut juga bersetuju dengan komen yang menyatakan makanan di Malaysia adalah lebih sedap.

Bagaimanapun hantaran tersebut menaikkan kemarahan orang lain dan menyatakan kegembiraan apabila pelacong itu tidak mahu datang lagi ke Singapura.

Baca juga: Wanita dikecam lepas muat naik video ziarah kubur Kristian, terpaksa tampil buat penjelasan