Malaysia Dateline

Susulan insiden di KLIA, KPPA keluar surat peringatan larangan buat pernyataan awam

Susulan insiden perbalahan di KLIA yang didakwa membabitkan Ketua Pengarah Perkhidamatan Awam (KPPA) dengan pegawai kanan Imigresen, satu surat peringatan telah dikeluarkan.

Surat peringatan 7 muka surat itu diedarkan seluruh kementerian kerajaan di mana melarang pegawai awam daripada membuat pernyataan awam.

Surat pekeliling yang ditandatangani oleh KPPA Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bertarikh 8 Ogos dikeluarkan bertujuan menegaskan dan meningkatkann kefahaman serta menghapuskan kekeliruan dalam kalangan pegawai awam dan pihak-pihak lain yang berkepentingan.

Surat berkenaan turut fokus kepada 3 perkara iaitu ‘Mencemarkan nama perkhidmatan awam adalah kesalahan di bawah peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993 (P.U.(A) 395/1993), Kewajipan menjaga kedaulatan negara, usaha demi menjaga kualiti perkhidmatan awam negara, dan hak membuat teguran kepada pegawai awam.

Susulan insiden di KLIA, KPPA keluar surat peringatan larangan buat pernyataan awam

Antara beberapa perkara penting yang dinyatakan dalam surat berkenaan;

KPPA semestinya bertanggungjawab memberikan pandangan atau teguran bagi meningkatkan kualiti dan pematuhan dalam sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam di negara ini.

Pegawai awam tidak boleh bertindak atau terlibat menyebarkan berita palsu, membuat tohmahan atau fitnah yang melibatkan pegawai awam yang lain sehingga membelakangkan tugas awam demi mencapai kepentingan atau agenda peribadi.

Pegawai awam dilarang menyalahguna hak kebebasan bersuara dan menyalahguna kecanggihan teknologi untuk mencapai agenda peribadi hingga melanggar peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa selama ini.

Cukup bukti terdapat pelanggaran mana-mana peraturan, tindakan tatatertib dikenakan sehingga kepada buang kerja kerana ingkar perintah dan menjejasan imej perkhidmatan awam.

Baru-baru ini berlaku insiden di KLIA yang membabitkan KPPA dengan pegawai kanan Imigresen di mana ada pihak yanh mendakwa KPPA mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai Imigresen yang sedang bertugas di KLIA.

Susulan itu terdapat satu kenyataan yang tular di media sosial mendedahkan kronologi bagaimana insiden itu berlaku.

Isu ini menjadi hangat kerana ia membabitkan orang nombor satu di dalam perkhidmatan awam sehingga ia dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parliman Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meminta kerajaan bertindak atau menyiasat perkara itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas itu menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan insiden melibatkan seorang pegawai tinggi kerajaan dan pegawai Imigresen.

Jawatankuasa ini dipengerusi Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun akan bersidang secepat mungkin bagi menyiasat insiden yang dilaporkan berlaku pada 3 Ogos lepas.

Baca juga: Demi sesuap nasi atuk ini terus kayuh beca walaupun di usia 110 tahun

Baca juga: Rumah Trump diserbu, peti besi diceroboh FBI

Baca juga: Konon diajak untuk jumpa anak-anak di rumah, kerani dakwa dicium, diraba anggota polis