Malaysia Dateline

Susunan nombor tak betul pada ‘kad laporan’, warganet perli tak pandai mengira

Mungkin sudah menjadi ‘trend’ untuk para pembangkang muat naik kad laporan mereka di media sosial untuk menunjukkan pencapaian mereka.

Terbaru, Ahli Parlimen Padang Terap muat naik gambar kad laporan dalam Twitter rasminya namun yang menjadi perhatian warganet sekarang bukan lagi kandungan tetapi susunan nombor.

Seorang pengguna Twitter @kyaryhime menegur susunan nombor yang dilakukan pihak tersebut iaitu 1-2-2-3-4-5-6-6-7.

“Kesian juga tengok ‘kad laporan’ Ahli Parlimen yang tak berapa bijak camni. Lepas nombor dua, dua lagi.

Nombor enam juga ada dua, hadir kenduri kahwin pun dikira satu pencapaian,” kata @fairuzrusli.

Warganet juga membandingkan kad laporan ahli pihak kerajaan yang banyak memfokuskan kepada dana yang diberikan kepada rakyat.

Tapi untuk para pembangkang, ia adalah lebih kepada tugas ketua kampung seperti ziarah kematian dan menghadiri majlis kahwin.

Buat pengguna twitter lain, @syafiqalib menegur jika bukan kerja hakiki kenapa perlu diletakkan semua itu dalam kad laporan.

“Dah tau bukan kerja hakiki, kenapa letak dalam kad laporan? Adakah semua tu nak tunjuk kpd mereka yg jahil urusan ahli parlimen?

“Apa kaitan kenderaan Heli (Toyato Hilux) dan Jaguar untuk masuk kampung? Adakah Ahli Parlimen PAS gemar pada Jaguar dan Heli?,” ciapan yang merujuk kepada ciapan asal.

Ciapan asal milik Nurul Amin Hamid menyatakan ini bukanlah kerja hakiki Ahli Parlimen.

“Ini bukan kerja hakiki ahli parlimen (MP), nak naik heli atau jaguar nanti jalan kampung tak muat, kalau mai (datang) Padang Terap rojer (bagitahu),” katanya.

Baca juga: Pelanggan mengeluh pengusaha restoran naikkan harga makanan hingga 40 peratus