Syafiq Amzah dakwa ibu mahu rumah ‘landed’ dan tak mahu kondominium, sebabnya ada 50 ekor kucing di rumah

Oleh KIM SYAZIE

Adik kepada Shila Amzah iaitu Amir Syafiq Amzah mendakwa ada sebab mengapa mereka adik beradik membantah keputusan kakak sulungnya itu yang mahu membeli kediaman jenis bertingkat iaitu kondominium.

Kata Syafiq, rumah itu tidak sesuai untuk didiami memandangkan mereka membela hampir 50 ekor kucing.

“Rumah aku ada dekat 50 ekor kucing. Nak campak mana semua kucing? Sebab itu mak nak landed house. Aku tengah dapatkan untuk mak,” jelas Syafiq di TikTok miliknya 

Bagaimanapun ruangan komen dia telah ditutup.

Pada masa sama, Syafiq menyatakan dia dan Syada tidak pernah berkira untuk mengeluarkan duit bagi pengurusan kucing dan keperluan barang di dapur.

“Maintenance kucing pun aku dengan Syada gilir-gilir beli. Tu lah korang tak tahu. Jadi, janganlah main tembak (tuduh).

“Barang dapur pun kami gilir-gilir beli. Bukan Shila saja,” ujarnya.

Terdahulu, perang antara adik beradik bermula selepas Syada memuat naik hantaran di Instagram mendakwa dia dan keluarganya dihalau kerana rumah kediaman mereka sedang dijual.

Rentetan itu Shila tampil memberi penjelasan bahawa kediaman tersebut akan dijual dan digantikan dengan kondominium yang lebih sesuai untuk ibunya.

Ini kerana banglo yang didiami ibu dan dua adiknya itu terlalu besar, dan agak sukar untuk ‘maintain’ rumah tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.

Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.

Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.

Baca juga: “Selepas ibu tiada, kakak ipar sudah mula tunjuk belang bila kami tinggal serumah”