Malaysia Dateline

Syarat LPTA mengundang risiko radioaktif WLF dan sisa toksid dalam tempoh 4 tahun lagi, kata Fuziah

Rakyat akan menanggung risiko terdedah kepada kesan dari sisa radioaktif WLF dan negara terpaksa menerima sisa toksid kesan daripada syarat baharu yang dikenakan ke atas Lynas dalam tempoh 4 tahun lagi.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, dengan tiga syarat oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) adalah amat dikesali.

“Lynas lah yang menjadi pemenang dengan syarat baru ini. Juga syarikat pembekal kepada Lynas akan mendapat keuntungan, sedangkan rakyat dan alam sekitar yang akan terus menanggung risiko kesihatan dan pencemaran.

“Saya kesal kerana kerajaan hari ini terpaksa menanggung beban mencari jalan penyelesaian untuk sisa WLP sedangkan tanggungjawab tersebut harus di laksanakan kerajaan terdahulu.

“Akan tetapi saya paling kesal, apabila rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa mereka akan terdedah kepada risiko sisa WLP yang akan di keluarkan di Gebeng selama 4 tahun lagi sehingga fasiliti ‘Cracking and Leaching’ di siapkan di Australia.

“Ini proses yang memastikan tiada lagi sisa radioaktif akan di keluarkan oleh pemprosesan di kilang Lynas.

“Saya kesal kerana kesilapan kerajaan terdahulu yang ‘tertipu’ dengan Lynas dan percaya bahawa industri nadir bumi membawa keuntungan kepada negara tanpa memahami bahawa ada sisa radioaktif yang akan dijana oleh kilang tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Fuziah berkata, Lynas tidak seharusnya dibenarkan beroperasi pada tahun 2012 tanpa pelan pengurusan sisa radioaktif WLP yang kekal. ‘Kegilaan’ apakah yang telah kerajaan terdahulu lakukan apabila mempercayai bahawa sisa radioaktif WLP boleh di benarkan untuk di kitar semula dalam bentuk ‘Condisoil’.

“Saya juga kesal kerana walaupun Lynas kononnya menandatangani surat perjanjian mengeluarkan sisa WLP mereka dari Malaysia, namun tiada usaha sungguhsungguh di lakukan oleh Lynas dan kerajaan terdahulu untuk menjadikan ianya satu realiti,” ujarnya.

Tambahnya lagi, warga Kuantan dipaksa terima hakikat sisa radioaktif WLP Lynas yang akan mencecah satu juta ton akan di lupuskan di Pahang.

Kerajaan negri yang sama yang telah bersekongkol dengan kerajaan terdahulu dalam membenarkan Lynas beroperasi.

Dalam keadaan sekarang ini mungkin hanya inilah option yang kerajaan ada untuk menguruskan sisa radioaktif dari Lynas. Selain dari option untuk tidak membenarkan Lynas terus beroperasi.

N”amun kabinet membuat keputusan mengambil option yang pertama atas sebab tertentu.

“Dalam hal ini saya bersolidariti bersama warga Kuantan didalam menanggung risiko kesihatan dan pencemaran kepada alam sekitar akibat dari keadaan ini,” ujarnya yang masih lagi berada di tanah suci Mekah.

Pada Rabu LPTA) mengenakan tiga syarat kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) iaitu Lynas perlu mengemukakan perancangan bagi pembinaan kemudahan cracking and leaching (pemecahan dan larut-resap) di luar negara bagi tujuan memindahkan proses terbabit yang kini dijalankan di lojinya di Gebeng, Kuantan, Pahang keluar dari Malaysia.

Kedua LPTA turut meminta Lynas mengenal pasti tapak spesifik bagi pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF).

“Lynas juga perlu mengemukakan kebenaran secara bertulis daripada kerajaan negeri bagi penggunaan tapak itu sebagai PDF.

“Pemegang lesen juga hendaklah mengemukakan pelan perancangan pembinaan PDF yang lengkap serta pelan pembiayaan yang mencukupi bagi menampung keseluruhan pembinaan dan operasi PDF atau mengemukakan kebenaran rasmi secara bertulis daripada pihak berkuasa mana-mana negara untuk membawa keluar residu WLP ke negara terbabit.

Dan ketiga LPTA turut meminta Lynas menamatkan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkaitan penggunaan semula residu radioaktif WLP sebagai CondiSoil dalam bidang pertanian.

“Lynas juga hendaklah mengemukakan 0.5 peratus daripada jualan kasar setiap tahun yang ditetapkan untuk usaha R&D sebelum ini kepada Kerajaan Malaysia sebagai cagaran tambahan sehingga kemudahan pemecahan dan larut-resap di luar negara mula beroperasi,