Malaysia Dateline

Syarikat penerima konsesi Menara KL ditentukan kerajaan, dakwa TM

Proses untuk memilih syarikat konsesi baru bagi menguruskan Menara Kuala Lumpur telah dibuat oleh kerajaan selepas Telekom Malaysia (TM) membuat keputusan untuk menumpukan kepada perniagaan asas mereka iaitu perkhidmatan telekomunikasi.

Langkah kerajaan memilih syarikat baharu itu berikutan keputusan TM untuk meninggalkan konsesi itu, lapor Malaysiakini.

“TM dimaklumkan mengenai syarikat yang dilantik itu untuk mengambil alih saham MKLSB dan konsesi MKL.

“MKLSB akan terus mengendalikan konsesi dan memastikan kesinambungan operasi MKL untuk orang awam Malaysia, termasuk pelawat antarabangsa,” kata TM dalam kenyataannya.

TM menjawab kekecohan tentang penjualan salam TM dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), syarikat yang menguruskan Menara Kuala Lumpur kepada syarikat kosmetik yang hampir ditutup bernama Hydroshoppe Sdn Bh.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil mengesahkan saham syarikat pengurusan Menara Kuala Lumpur, Menara KL Sdn Bhd telah dijual oleh TM Malaysia (TM) kepada sebuah syarikat kosmetik .

“KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberikan kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini,” kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sebelum ini, bekas Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa, kerajaan tidak terlibat dalam keputusan Telekom Malaysia Bhd (TM) menjual anak syarikat yang menguruskan Menara Kuala Lumpur, kata bekas menteri komunikasi dan multimedia Annuar Musa.

Katanya perjanjian itu melibatkan syarikat tersenarai awam, bukan kerajaan.

“Tiada kaitan dengan menteri komunikasi,” katanya

TM hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu menumpukan kepada perniagaan terasnya iaitu perkhidmatan telekomunikasi.

Dalam satu kenyataan, syarikat berkaitan kerajaan itu juga menafikan dakwaan bahawa rancangan berkenaan dibuat secara senyap-senyap.

Menurut TM, perubahan dalam pegangan saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, yang merupakan syarikat yang menguruskan Menara KL, telah dimaklumkan kepada Bursa Malaysia melalui pengumuman kewangan TM pada suku ketiga 2022.

“Sebagai sebahagian daripada program transformasi perniagaannya, TM menumpukan usaha dan sumbernya untuk mengukuhkan perniagaan terasnya telekomunikasi dan teknologi.

“Selepas pertimbangan sewajarnya terhadap perubahan sifat perniagaan Menara KL, daripada perkhidmatan telekomunikasi kepada pelancongan dan hospitaliti, TM memutuskan pada Oktober 2021 untuk tidak memperbaharui konsesi MKL dan telah memaklumkan kerajaan dengan sewajarnya,” kata syarikat itu.

BACA JUGA SPRM siasat penjualan Menara KL

JUGA Fahmi sahkan penjualan Menara KL, sedia bantu siasatan