Malaysia Dateline

Syarikat permula dinia Malaysia Klean semakin mendapat perhatian di London

Klean, syarikat pemula niaga dari Malaysia, yang memenangi Pitch @ Palace ASEAN pada Julai, dan memasuki peringkat akhir Pitch @ Palace Global di St James Palace di London pada 12 Dis untuk mempamerkan ekosistem deposit kontena yang unik kepada lebih 300 pemimpin perniagaan di Eropah.

Syarikat itu adalah antara 23 pemenang dari lebih 800 peserta dalam pelbagai acara Pitch @ Palace di seluruh dunia.

Pitch @ Palace diasaskan oleh Prince Andrew, Duke of York pada 2014, untuk menyokong usahawan dari seluruh dunia yang menunjukkan idea perincian dan pemecutan perniagaan masing-masing.

Pitch @ Palace menjayakannya dengan menghubungkan beberapa syarikat pemula niaga yang inovatif di dunia dengan industri, khususnya pelabur dan penyokong yang berpotensi, termasuk mentor dan kenalan perniagaan utama.

“Peluang untuk perniagaan Malaysia kami diketengahkan di hadapan ramai pemimpin perniagaan yang berpengaruh di St James Palace merupakan pengalaman hidup yang sangat bermakna bagi kami.

“Peluang menjalin rantaian ini tidak sama seperti yang lain,” kata pengasas bersama Klean, Datuk Mohamad Arif Abdullah kepada Bernama dari London.

Julai lepas, Klean memenangi edisi pertama ASEAN Pitch @ Palace, di sini.

Ekosistem Klean menggunakan mesin layan diri pintar terbalik yang unik di Malaysia yang memanfaatkan sistem operasi Klean sendiri, aplikasi dan e-wallet yang memberi ganjaran kepada orang ramai untuk melaksanakan kitar semula.

Mereka yang melakukan kitar semula akan memperoleh mata Klean yang boleh ditebus untuk seperti masa udara prabayar, diskaun untuk pengangkutan, barangan, perkhidmatan dan insurans kesihatan.

Aplikasi Klean juga dihubungkan dengan dompet Boost/Axiata untuk membolehkan spektrum manfaat yang lebih luas.

Pencapain penting syarikat itu kini  ialah rantaian dengan HelloGold untuk menangani kemiskinan.

Dengan membolehkan golongan miskin memulangkan botol air plastik dan tin aluminium, pengguna boleh membuka portfolio emas, yang kemudiannya boleh digunakan untuk mendapatkan pinjaman mikro untuk memulakan perniagaan atau membeli rumah.

Asia Tenggara menyumbang kira-kira 50 peratus masalah lautan plastik di dunia, dan belum ada negara di rantau ini yang memiliki skim deposit kontena.

Klean percaya sudah sampai masanya untuk melancarkan skim itu di seluruh Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara.

“Kami telah mencipta Klean sebagai revolusi sosioekonomi yang bertujuan bukan sahaja untuk membersihkan alam sekitar, bahkan pada masa yang sama menyediakan peluang pendapatan bagi golongan miskin dan terpinggir,” kata pengasas bersama, Datuk Dr Nick Boden.

Klean bersedia untuk dipasarkan dan kini berusaha untuk mendapatkan pembiayaan untuk melancarkan mesin ini di seluruh Malaysia, Singapura dan negara ASEAN.

Ia mahu memulakannya di Malaysia dan Singapura pada suku kedua 2019.

Menurut Mohamad Arif, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia menyokong Klean dan inisiatifnya.

“Ia menggalakkan kami untuk meneruskan inisiatif kami di Malaysia dan juga di rantau ini,” katanya.

– BERNAMA