Syarikat swasta digalak penuhi penglibatan 30 peratus wanita

Kerajaan komited ke arah meningkatkan penglibatan wanita di peringkat kepimpinan selaras dengan sasaran 30% daripada pembuat dasar dan keputusan. Pada masa ini, hampir 36% daripada penjawat awam Kumpulan Pengurusan Tertinggi adalah terdiri daripada wanita.

Kerajaan akan menggalakkan penglibatan golongan wanita di peringkat pembuat keputusan sektor swasta kerana hanya 23.2% wanita menjadi ahli lembaga pengarah bagi 100 syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh itu, syarikat swasta  disarankan untuk meningkat penglibatan wanita di peringkat pembuat keputusan, ke arah mencapai sasaran 30% menjelang tahun 2020.

COMMENTS

Wordpress (1)