Syarikat tempatan ‘panas’ dominasi pelabur China

Syarikat tempatan ‘panas’ dominasi pelabur China

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menyifatkan landskap semasa industri hartanah tempatan tidak lagi menyaksikan persaingan yang adil akibat berlakunya kemasukan besar-besaran pelabur China.

Presidennya, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor berkata, syarikat tempatan tidak harus menjadi korban ketika negara berusaha membawa masuk pelaburan asing.

Dipetik dari satu akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, beliau menegaskan kerajaan perlu menangani isu ini pada kadar segera dengan mewujudkan parameter tertentu bagi mengawal kemasukan pelabur asing walaupun tidak menolak faedah apabila pasaran dibuka kepada pelabur berkenaan.

“Pemaju dan kontraktor asing diberi pelbagai insentif seperti pengecualian daripada kuota bumiputera dan rumah mampu milik, rebat cukai, pengecualian cukai lima tahun serta taraf perintis.

“Sebaliknya, pemaju tempatan dikenakan dengan senarai keperluan, kuota dan cukai,” ujarnya dipetik dari laporan khas The Edge Malaysia Edisi 1153, 13 – 19 Mac ini.

Menurut Iskandar, pemaju China membangunkan projek pada skala besar-besaran sehingga menyebabkan berlakunya lebihan bekalan hartanah.

TAGS