Malaysia Dateline

Syed Mokhtar wajar dicontohi konglomerat besar yang lain

Tindakan konglomerat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mengembalikan manfaat keuntungan sebanyak RM10 juta pada bulan ini kepada pesawah yang kurang berkemampuan sewajarnya diteladani oleh konglomerat yang lain. 

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Razak Ridzuan berkata, persetujuan Syed Mokhtar untuk mengembalikan manfaat keuntungan kepada para pesawah adalah suatu tindakan yang seharusnya dihargai. 

“Rundingan awal antara Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Syed Mokhtar berkaitan BERNAS terbukti berjalan dengan amat baik dan harmoni dan rakyat juga telah dimaklumkan bahawa manfaat keuntungan kepada pesawah akan dikembalikan. 

“Sehubungan itu manfaat keuntungan sebanyak RM10 juta yang akan diberikan pada bulan ini serta RM50 juta pada tahun hadapan kepada pesawah yang kurang berkemampuan dan dikategorikan sebagai pesawah miskin amat dialu-alukan oleh Pemuda AMANAH Nasional. 

“Justeru itu pemuafakatan antara Kerajaan Perpaduan dan BERNAS yang telah diadakan dalam suasana yang harmoni adalah demi kesejahteraan semua pihak dan harus dicontohi oleh konglomerat besar yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca juga: ‘Tweet’ tular bukan dimuat naik akaun rasmi Perdana Menteri – JPM

Baca juga: Mekanik maut akibat dihempap kenderaan dibaikinya sendiri