Syed Saddiq gesa politik ugutan, paksaan dihentikan

Syed Saddiq gesa politik ugutan, paksaan dihentikan

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sebarang bentuk politik berbentuk ugutan dan paksaan perlu dihentikan tanpa mengira kesetiaan kepada kerajaan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan berkenaan, hal tersebut tidak harus dibenarkan dalam era politik baharu Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menyokong penuh kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung ugutan undi yang tidak akan dibenarkan sama sekali.

“Ini Malaysia baharu, kita tidak akan terus membayar gaji semua (Tok Batin ) tidak kira sama ada mereka menyokong kita atau tidak,” tegasnya.

Ahli Parlimen Muar itu berkata demikian pada sidang media selepas sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia, di Kampung Pandan di Kuala Lumpur, hari ini

Syed Saddiq mengulas kenyataan Ahli Dewan Negara, Bob Manolan Mohamad berkenaan isu ugutan melucutkan jawatan Tok Batin serta enggan membayar gaji mereka sekiranya tidak menyokong Pakatan Harapan (PH).