Syed Saddiq harap Parlimen luluskan had umur mengundi 18 tahun

Syed Saddiq  harap Parlimen luluskan had umur mengundi 18 tahun

Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap agar Parlimen meluluskan had umur layak mengundi kepada 18 tahun

Beliau berkata demikian atas beberapa faktor antaranya had umur keahlian Umno yang diturunkan kepada 16 tahun, selain ahli-ahli politik yang lain juga sependapat tentang isu had umur 18 tahun mengundi ini.

“Jikalau dilihat Umno kini telah meluluskan warganegara yang berumur 16 tahun untuk mendaftar masuk sebagai ahli mereka.

“Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga telah bersetuju serta beberapa ketua Pas tidak menentang perkara ini,” ujarnya dalam media di Pusat Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan, semalam.

Menurutnya umur 18 merupakan umur yang matang bagi seseorang itu untuk membuat keputusan justeru itu, ianya membolehkan mereka untuk keluar mengundi.

Sementara itu, dalam laporan  akhbar baru-baru ini, Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Beliau mengumumkan Majlis Tertinggi Umni turut bersetuju supaya had umur keahlian parti diturunkan dari 18 tahun ke 16 tahun.

Media itu melaporkan lagi bahawa langkah itu sebagai persediaan parti berikutan cadangan menurunkan had umur warganegara yang layak mengundi kepada 18 tahun.