Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Syed Saddiq mohon maaf gagal sekat perubahan kerajaan

Syed Saddiq mohon maaf gagal sekat perubahan kerajaan

Oleh MALAYSIA DATELINEMarch 1, 2020 4:32 pm




Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (ARMADA), Syed Saddiq Abdul Rahman, memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menghalang perubahan tampuk pemerintahan kerajaan.

Menerusi akaun Twitter rasminya, @SyedSaddiq, Ahli Parlimen Muar itu berkata, banyak usaha sehingga ke ‘keringat’ terakhir sudah dilaksanakan supaya mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum-14 (PRU-14) lalu kekal utuh.

“Saya minta maaf kerana menghampakan anda. Saya cuba, saya betul-betul cuba untuk hentikan (usaha) mereka.

“Maaf Malaysia,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengajak golongan belia di negara ini untuk terus bersatu menegakkan dan memperjuangkan prinsip dalam diri masing-masing.

“Apa gunanya dikelilingi kuasa, tetapi jiwa kosong,” tegasnya sambil menaruh keyakinan mempunyai majoriti mudah.

Semalam, Syed Saddiq dilapor memberi sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk diketengahkan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Sebelum ini, beliau dianggap menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Tidak perlu tunggu darurat berakhir, Anwar tiada halangan menghadap Agong

Terkini

#SiBodohKauDengarSini tuju pada kerajaan buat hal rakyat sedang lapar

Penang vs Kelantan: Which state government is more competent?

Nazri Aziz dijangkiti Covid-19 jalani kuarantin di Kelantan

Gesaan sidang Parlimen, Ahmad Maslan dibidas sekongkol dengan Anwar

Pakej bantuan ‘semangkuk cendol’ PN penuhi selera tapi tidak mengenyangkan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production