Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Syed Saddiq sedia maklum pegawai khas ditahan positif dadah

Syed Saddiq sedia maklum pegawai khas ditahan positif dadah

MALAYSIADATELINEJanuary 13, 2020 2:30 pm




Kementerian Belia dan Sukan hari ini dalam kenyataan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas pegawai di kementerian yang didakwa terbabit dalam penahanan beberapa individu di sebuah kelab di Damansara awal pagi tadi.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau telah dimaklumkan berkenaan penahanan beberapa invidu termasuk seorang pegawai di bawah kementeriannya.

“Susulan itu, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak mengikut prinsip ‘Rule of Law’.

“Saya juga akan menggantung tugas pegawai Kementerian Belia dan Sukan yang terlibat sementara menanti siasatan dimuktamadkan.

“Rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang negara tanpa mengira jawatan dan status,” katanya.

Hari ini viral di media sosial berlaku tangkapan dan penahanan beberapa individu antaranya membabitkan Adun Dengkil yang juga Ketua Armada Selangor dan Pegawai Khas kepada Adun Dengkil dan seorang pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan dan seorang lagi pegawai khas kepada Menteri Dalam Negeri.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Terkini

Kementerian Pertanian digesa percepat bantu rakyat miskin hadapi impak Covid-19

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Hubungan Pas-DAP: ‘Kalau imam dah terberak, takkan nak ikut lagi?’

Gesa kerajaan negeri Johor selamatkan kontraktor kecil Bumiputera

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production