Syed Saddiq setuju hasrat Ratu Naga tawarkan diri jadi pendamai

Syed Saddiq setuju hasrat Ratu Naga tawarkan diri jadi pendamai

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyambut baik hasrat Exco Wanita PKR Syarul Ema Rena Abu Samah untuk menjadi pendamai bagi mengaturkan satu pertemuan membabitkan bekas Naib Presiden Datuk Hamidah Osman dan bekas aktivis Bersatu Perak Hamizura Osman.

“Saya berterima kasih kepada kak Ema kerana tawarkan diri sebgai pendamai.

“Saya setuju kerana fokus utama adalah untuk memperbaiki masa depan negara,” ujarnya membalas  whatapss ringkas kepada Malaysia Dateline petang ini.

Hari ini Malaysia Dateline melaporkan kenyataan Syarul Ema Rena atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga berhasrat menjadi orang tengah bagi meleraikan kekusutan dan salah faham yang berlaku membabitkan Syed Saddiq, Hamidah dan Hamizura.

Menurut  beliau, tujuannya berbuat demikian kerana berasa kesal dengan kekusutan yang berlaku antara pemimpin utama dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Syarul Erma Rena dijangka akan mengaturkan pertemuan untuk tiga  individu itu di salah sebuah hotel di ibu negara pada 10 Oktober depan.

Baca: Ratu Naga mahu jadi pendamai kepada tiga pimpinan Bersatu yang bertelagah

0.0
OVERALL SCORE
: 0.0
Have no any user vote