Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Syed Saddiq tekad lawan politik rasuah

Syed Saddiq tekad lawan politik rasuah

MALAYSIADATELINEMarch 3, 2020 3:07 pm




Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan yang dirinya masih bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan akan terus melawan politik rasuah yang sudah kembali berkuasa di negara ini.

Ketua Armada Bersatu akan terus berpegang kepada politik bersifat integriti dan akan terus bersuara mengikut naluri hati yang sentiasa menjadi kepercayaan dirinya untuk membuat keputusan.

Ditanya mengenai pendirian beliau dalam parti, Ahli Parlimen Muar itu berkata, integriti akan menjadi pegangannya dalam arena politik.
Menurutnya, tujuan beliau menyertai politik adalah untuk menolak budaya rasuah habis-habisan.

“Saya masih ingat lagi perasuah jijik mengugut saya dan emak saya yang ketika itu pulih dari kanser malahan saya tak dapat menghadiri istiadat konvokesyen sendiri selepas melengkapkan pengajian undang-undang.

“Selain itu, pelajar saya juga diugut dan dilarang daripada mewakili universiti hanya kerana saya adalah jurulatih dan ini bukti saya telah melalui pelbagai rintangan tapi tiba-tiba hari ini kita meletakkan mereka (perasuah) kembali memerintah.

“Jadi memang ya, saya akan kehilangan segala-galanya tetapi bukan semangat moral dan integriti saya kepada mereka (perasuah),” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan terakhir beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan bersama para pegawai kanan di Puterajaya, seperti dipetik laporan Malaysiagazette hari ini.

Beliau bersama Bersatu kerana parti itu bergelut dan berdepan cabaran untuk menolak rasuah dna pihak yang menyalahgunakan kuasanya.

“Saya percaya saya akan melawan mereka mati-matian untuk memastikan Bersatu (PPBM) bangkit sebagai parti yang sentiasa melawan ahli politik yang berasuah selain mengelak masyarakat Melayu tidak sesekali berpakat serta bekerjasama dengan mereka yang berasuah.

“Apa gunanya kita mempunyai kuasa pemerintahan sementara tetapi hilang sanubari moral tercemar selama-lamanya dan itu cara kita mara ke hadapan dan terus melawan puak perasuah,” ujarnya lagi.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Perintah darurat Muhyiddin kerana politik bukan tangani COVID-19, kata Najib

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Terkini

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Ahli politik sebenarnya tidak peduli apa pengundi mahu?

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production