Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Syed Saddiq tidak akan bekerjasama dengan perasuah

Syed Saddiq tidak akan bekerjasama dengan perasuah

AKMAL MANAFFebruary 29, 2020 12:33 pm




Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau sesekali tidak akan bekerjasama dengan golongan perasuah.

Katanya, jauh sekali untuk beliau bersetuju mendirikan kerajaan bersama dengan mereka (golongan perasuah).

“Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini soal identiti dan integriti.

“Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik, tetapi ahli politik datang dan pergi.

“Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini. Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah!,” tegasnya dalam satu rakaman video hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu turut menyifatkan, beliau menjadi ahli politik kerana pada masa itu, negara Malaysia dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku rasuah di mata dunia.

“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, yang bebas rasuah, dihormati dan bermaruah,” katanya lagi.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production