Syed Saddiq ucap tahniah kepada Nauraj

Syed Saddiq ucap tahniah kepada Nauraj

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada Nauraj Singh Randhawa, yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara lompat tinggi dalam dewan.

Syed Saddiq menerusi laman Twitternya, berkata: “Congrats (tahniah) @Navraj40 #MalaysiaBoleh.”

Atlet berusia 27 tahun dari Johor itu, melakukan lompatan setinggi 2.19 meter (m) untuk meraih tempat kedua Kejohanan Olahraga Dalam Dewan Erdgas ke-21 di Chemnitz, Jerman pada Ahad lepas.

Catatan itu berjaya mengatasi rekod 2.15m kepunyaan Lou Cwee Peng dan Lee Hup Wei.

Lou mencatatkan rekod itu ketika Kejohanan Dunia 1993 di Toronto, Kanada manakala Hup Wei pernah mencapai ketinggian itu sebanyak dua kali pada 2012, iaitu di Ostrava, Republik Czech dan Vienna, Austria.

— BERNAMA