Malaysia Dateline

‘Syukur hanya sedikit nyawa terkorban’: AJK Pas Pusat tidak sensitif dikecam netizen

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Halimah Ali dikecam netizen selepas memuatnaik ciapan Twitter yang diangga tidak sensitif membabitkan kematian mangsa bencana banjir.

Menerusi ciapan beliau di Twitter, Dr Halimah menyatakan rasa syukur kerana hanya sedikit sahaja nyawa terkorban dalam bencana banjir besar yang melanda negara sejak Jumaat lalu.

“Kita bersyukur hanya sedikit sahaja nyawa terkorban dalam musibat banjir ini. Semoga Allah lindungi kita. Jom stop maksiat dan minimumkan dosa,” ciapnya petang semalam.

“Lah tiba-tiba libatkan dosa dan maksiat pula pasal ini. Konon paling rapatlah dengan tuhan, macam nak ambil kerja tuhan pula dah.

“Kalau tak ada benda baik nak cakap lebih baik diam je tak payah nak keruhkan lagi keadaan,” balas salah seorang pengguna Twitter.

Bagaimanapun pagi ini Tweet tersebut dipercayai telah dipadam namun tangkap layar ciapan beliau masih lagi berlegar di media sosial termasuk di Facebook.

Setelah memadam hantaran tersebut, beliau memuatnaik satu Tweet yang memaklumkan ada masalah pada akaunnya itu.

“Problem sikit dengan akaun Twitter saya ini sejak 8 Disember,” ciapnya.

Pengguna Twitter yang menggunakan nama Ceddy menegur dan berkata sebenarnya masalah boleh dielakkan jika ahli Pas itu tidak memuatnaik kenyataan tentang nyawa mangsa banjir yang terkorban.

“Sebagai seorang doktor, kenapa Tweet macam tiada berilmu langsung ya?,” soalnya.

Xavier Naxa pula berkata, “Kalau tiada perkara baik ingin dikongsi, baik diam. Tidak perlu salahkan Twitter. Salahkan diri sendiri,” katanya.

Pengguna akaun Yeen juga mengkritik bahawa 2ata-kata ahli Pas itu sangat tidak sensitif.

“Dan ini alasan terbaik anda boleh bagi? Orang sudah mati,” tulisnya.

“Tak sensitif langsung eh? Kalau tak ada rasa simpati baik diam tak payah buat kenyataan mengundang kemarahan rakyat yang terkesan akibat banjir ini,” ciap pengguna lain pula.