Malaysia Dateline

Tabik Hormatku Untukmu Khaidir Ahmad

Siri Seniman Yang Berkata Benar

Khidmat Baktinya Berusaha Menyelamatkan Masyarakatnya
Dari Ketololan Yang Totok, Dari Ketotokan Yang Amat Tololnya.
Syabas Khaidir Ahmad Wartawan Tua. Tabik Hormatku Untukmu.

Agaknya memang betullah kita ni semuanya bodoh
bukan saja bodoh tapi juga pengecut macam tak bertelor
Orang hina kebijaksanaan kita dengan kenyataan bahawa
Banjir balak di Pahang bukan disebabkan oleh pembalakan
Tapi dikerana-sebabkan oleh kepala air kita pun diam-kelu-bisu
Orang hina aras mampu-fikir kita dengan kenyataan bahawa
adik dia pinjam akaun dia untuk beli saham berjuta di bursa saham
kita juga diam-bisu-kelu-dungu leher jadi sontot kepala atas bawah
menyorok masuk macam kepala penyu bila telornya diambil orang

Bodoh sangatkah semuanya kita ni? Rendah sangatkah IQ kita?
Kita ni semuanya bodoh sangatkah? IQ kita rendah sangatkah?
Kita ni Down Syndrome sangatkah? Down Syndrome sangatkah kita ni?

Aku teringat seorang wartawan di negeri aku
Dia ‘investigative journalist’ muda (dulunyalah)
Dia berjuang membongkar prihal hutan diteroka secara haram
serta hutan yang diteroka secara yang konon-kononnya tak haram
bukannya seekar tapi ratusan ribu ekar di serata negeri
orang marah kat dia. Polis siasat dia. Istana panggil dia
orang yang orang-orang tertawakan dia, bodoh kata mereka
“Nak jadi hero konon. Untung tak kena sebat jubur, padan muka.”
Tapi dia tak pernah takut, tak pernah kabur
Wartawan investigative muda itu tak pernah undur
walaupun kadang-kadang sedikit terbentur
walaupun sampai dapat ugutan akan dibunuh.
Fast Forward kepada ‘footage’ banjir balak 2022
Khaidir Ahmad Wartawan investigative yang muda itu
yang sudah jadi Wartawan Tua kini masih jua meneruskan
khidmat baktinya berusaha menyelamatkan masyarakatnya
dari ketololan yang totok, dari ketotokan yang amat tololnya.
Syabas Khaidir Ahmad Wartawan Tua. Tabik hormatku untukmu.

Tak faham jugakah? Tak mengerti jugakah?
Bodoh sangatkah semuanya kita ni? Rendah sangatkah IQ kita?
Kita ni semuanya bodoh sangatkah? IQ kita rendah sangatkah?
Kita ni Down Syndrome sangatkah? Down Syndrome sangatkah kita ni?

yassinsalleh
7.1.2022
Galeri Ikan Ikan Di Kaca
Hak Cipta © 2022 yassinsalleh
Semua Hak Terpelihara