Tabung amanah sumbang bumiputera lesap?

Tabung amanah sumbang bumiputera lesap?

Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera yang ditubuhkan oleh Kerajaan Johor sebelum ini sedang dipersoalkan statusnya.

Tabung yang diwujudkan bagi membantu golongan bumiputera yang berpendapatan rendah akan dipersoalkan oleh Adun Senggarang, Khairuddin A Rahim dalam sidang Dun Johor yang sedang berlangsung.

Beliau dalam satu sesi rakaman berkata tabung tersebut amat bermakna bagi membantu masyarakat dan perkara itu akan dibawa beliau ke peringkat yang lebih tinggi.

“Jika lesap saya akan memaklumkan exco untuk menjawab ke manakah perginya duit di dalam tabung berkenaan.

“Saya khuatir perkara ini terus disenyapkan tanpa rakyat mengetahui akan kedudukannya. Dalam sidang Dun perkara ini akan menjadi persoalan saya yang besar.

“Sebelum ini Johor pernah mengalami permasalahan berkenaan dengan rasuah dalam penukaran status lot bumiputera dan kekhuatiran ini timbul apabila tabung tersebut terkait dalam isu berkenaan,” ucapnya.

Tabung Amanah Sumbangan Kuota Bumiputera ini adalah suatu sistem di mana ia membabitkan bayaran penukaran status perumahan dari lot bumiputera kepada bukan bumiputera.

Sebelum ini di zaman pemerintahan BN, Kerajaan Johor pernah berhadapan dengan kes rasuah membabitkan exco perumahan yang dikaitkan dengan pengubahan status bumiputera.

Loading...

Kebimbangan mulai timbul apabila kes tersebut yang masih disebutkan akan secara langsung terkait dengan tabung yang selama ini wujud.

Menurut Khairuddin lagi, apa sahaja jawapan daripada exco pada sidang Dun nanti akan diteruskan oleh beliau untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

“Saya hanya menanti jawapan dari pihak exco berkenaan dengan status tabung berkenaan dan pihak kami akan membawa perkara ini ke peringkat pihak berkuasa,” tegasnya.