Malaysia Dateline

Tabung Haji: Laporan Ketua Audit Negara bukti PH telus, berintegriti

Laporan ketua Audit Negara mengenai Tabung Haji (TH) menunjukkan bahawa setiap keputusan dan langkah yang diambil oleh pasukan TH sebelum ini selaras dengan apa yang dibawa dalam pentadbiran Pakatan Harapan iaitu ketelusan dan berintegriti.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Taqiuddin Cheman berkata, laporan tersebut secara jelas membuktikan TH telah melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan amanah.

Ini sekali gus katanya, mengesahkan bahawa tidak ada apa-apa penyelewengan atau salah urus dalam pentadbiran TH semasa PH memerintah.

“Sijil Pengauditan Penyata Kewangan TH menyatakan bahawa Th pada tempoh berakhir 31 Disember 2019 telah memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan lembaga itu dan kumpulannya, serta prestasi kewangan serta aliran tunai selaras dengan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 35).

“Justeru, kami mendesak kepada semua pihak yang telah membuat tohmahan dan menyebarkan maklumat salah berkenaan TH sebelum ini untuk tampil membuat permohonan maaf kerana telah mengelirukan orang awam dan 9 juta pendeposit TH,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Laporan Kewangan TH 2019 telah diaudit dan dimaklumkan pada awam dengan mendapat sijil perakuan dari Ketua Audit Negara ditandatangani pada 23 Disember 2020.

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa pada semalam berkata, laporan TH untuk kewangan 2019 adalah hasil sebenar setelah setahun pemulihan yang dilakukan daripada sudut laporan kewangan yang bersih dan mengikut piawaian