Malaysia Dateline

Tabung Haji: Mujahid tanya MB Kelantan “nak ulang fakta atau ulang fitnah?”

Tabung Haji: Mujahid tanya MB Kelantan “nak ulang fakta atau ulang fitnah?”. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa membidas Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang menyifatkan Lembaga Tabung Haji (TH) berdepan keperitan semasa 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Naib Presiden AMANAH itu juga, fakta telah menunjukkan TH yang berada di bawah kelolaannya pada zaman PH berjaya dipulihkan.

Sebelum ini, Ahmad Yaakob dalam satu Majlis Ihya Ramadan Pimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Kelantan di Perantauan (Zon Lembah Klang) memberitahu TH menghadapi keperitan ketika pemerintahan PH.

Tabung Haji: Mujahid tanya MB Kelantan "nak ulang fakta atau ulang fitnah?"
Penstrukturan semula Tabung Haji melalui UJSB mendapat anugerah antarabangsa

Sehubungan dengan itu, Mujahid meminta Menteri Besar Kelantan itu supaya rajin membaca semua laporan audit dari tahun 2018 sehingga 2020.

“Ini kerana beliau akan mendapati laporan sebagai bersih, patuh dan menggambarkan kedudukan sebenar (bukan manipulasi) segala yang dinikmati hari ini adalah hasil kejayaan penstrukturan semula zaman PH,” kata beliau dalam kenyataan.

Mujahid menegaskan penstrukturan semula TH berjaya mengimbangkan defisit antara aset dan liabiliti iaitu berjaya patuh akta Tabung Haji tentang Seksyen 22 dalam pengagihan hibah.

“Di mana sejak 2014 zaman Barisan Nasional (BN) diberi amaran tidak patuh dan berjaya patuh Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) serta laporan perakaunan Malaysia (IFRS) yang merupakan syarat perakaunan bersih yang tidak dipatuhi dalam akaun 2017 zaman BN.

“Selain itu, pencarum bertambah dan aset lebih tinggi dari tanggungan menandakan kesihatan Tabung Haji dari sudut kewangan serta kelestariannya dipacu oleh penstrukturan semula strategic asset re-location dan perbelanjaan berkesan pentadbiran untuk kekal unggul dan kukuh menghadap tahun mendatang yang mencabar.

“Pendeposit juga mempercayai usaha yang dilakukan zaman PH kerana tidak berlaku ‘bank run’ atau panik walaupun terpaksa memberikan hibah rendah tahun pertama pemulihan untuk 2018.

“Soalan saya kepada MB Melayu-Islam nak dengar fakta atau nak ulang fitnah terhadap Tabung Haji?” soal beliau.