Tabung Kemanusiaan Yemen dibuka sasar RM1juta bantu mangsa perang

Tabung Kemanusiaan Yemen dibuka sasar RM1juta bantu mangsa perang

Sebanyak 7  gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini mengumumkan pembentukan Sekretariat Kemanusiaan Malaysia Yemen  dan melancarkan Tabung Kemanusiaan Yemen.

Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, berkata, usaha NGO  ini dijalankan untuk menyeru rakyat Malaysia membantu mangsa perang di Yemen.

Katanya,  satu tabung bantuan iaitu ‘Tabung Kemanusiaan Yemen’ akan dibuka bagi sesiapa yang mahu menyalurkan sumbangan dan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa perang di negara tersebut.

“Kami mensasarkan untuk mengumpul sebanyak RM1juta dalam tempoh 6 bulan.

“Sumbangan ini akan disalurkan kepada keperluan kanak-kanak dan wanita serta warga tua di Yemen,” katanya dalam sidang media di pejabat Mapin di Shah Alam hari ini.

NGO yang terbabit dalam sekretariat itu, Persatuan Ulama Malaysia, Majlis Aman Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Pertubuhan Jaringan Anak Melayu Kuala Rimau, Majlis Angkatan Perpaduan Islam, Sejagat dan Syura.

Sumbangan boleh dilakukan melalui akaun Maybank Pertubuhan Kebajikan Rakyat Sejagat Kuala Lumpur, 564810009147 atau hubungi, Reza 0173782521 dan Hassnudin 0192749794.

CATEGORIES
TAGS