‘Malaysian Official 1’ sangat hampir dengan Najib, dakwa Tun Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendesak satu tribunal bebas ditubuhkan bagi menyiasat perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan jabatan kehakiman Amerika Syarikat terhadap syarikat berkaitan 1MDB dan menyifatkan individu yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Official 1’ sangat hampir dengan Najib.