Akta Majlis Keselamatan Negara berhubung kuasa pengisytiharan darurat oleh Perdana Menteri dikritik pelbagai pihak.

Akta MKN rampas kuasa eksekutif Yang di-Pertuan Agong

Biro Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah) menyelar kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang menganggap Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (MKN) tidak mengambil kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA).