Malaysia Dateline

Aleppo

Mapim akan turut mendapatkan bekalan perubatan dari Turki dan membeli makanan daripada petani di kawasan Syria yang tidak terjejas.

Mapim seru bantuan segera ke Aleppo

Pengarah Strategik Mapim Sani Arabi Abd Halim berkata situasi kemanusiaan sangat genting di wilayah tersebut pada masa ini dengan jumlah pelarian meningkat kepada 80,000 orang dan amat memerlukan bantuan makanan serta perubatan. “Kami menguar-uarkan bantuan sumbangan dihulurkan untuk mangsa konflik di negara melalui akaun Maybank 5628 3463 6987 atas nama Syria Emergency Appeal Dana Mapim,” …

Mapim seru bantuan segera ke Aleppo Read More »

Tragedi kemanusiaan di Aleppo adalah petunjuk bahawa krisis kemanusiaan di Syria akan terus meruncing dengan meningkatnya jumlah pelarian yang mencari perlindungan di negara-negara jiran terutama Turki, Jordan dan Lubnan

ABIM desak dunia Islam putuskan hubungan dengan rejim Bashar al-Assad

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak dunia Islam khususnya kerajaan Malaysia untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim Bashar Al-Assad. Setiausaha ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihaknya mengecam secara terbuka kezaliman rejim tersebut dan sekutunya yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat di Aleppo. “Saranan ini adalah sebagai menyahut resolusi yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama …

ABIM desak dunia Islam putuskan hubungan dengan rejim Bashar al-Assad Read More »

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)

MyCARE sasar RM2 juta untuk tabung kecemasan Aleppo

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan sebanyak RM2 juta bagi Tabung Kecemasan Aleppo, Syria yang dilancarkan melalui agensinya i4Syria hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE Kamarul Zaman Shaharul Anwar dalam satu kenyataan hari ini berkata kutipan itu bertujuan membantu penduduk Aleppo yang berjaya diselamatkan untuk mengharungi musim sejuk. “Bantuan utama yang diperlukan di bandar itu …

MyCARE sasar RM2 juta untuk tabung kecemasan Aleppo Read More »

Demontrasi terhadap kekejaman dilakukan Rusia terhadap rakyat Syria yang berlaku di Aleppo mendapat bantahan di kalangan beberapa NGO negara ini.-Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

NGO demontrasi di kedutaan Rusia bantah krisis kemanusiaan di Aleppo

Sekumpulan lima Pertubuhan Badan bukan Kerajaan (NGO) hari ini mengadakan demontrasi di hadapan kedutaan Rusia di Jalan Ampang untuk membantah campurtangan kerajaan itu punca kepada krisis kemanusiaan di Aleppo, Syria. Lebih 300 orang berkumpul menyatakan bantahan mereka dalam Himunan Solidariti Selamatkan Aleppo yang diadakan selepas solat Jumaat petang tadi. Antara NGO yang turut serta Ikatan …

NGO demontrasi di kedutaan Rusia bantah krisis kemanusiaan di Aleppo Read More »

Barisan kepimpinan utama Amanah di hadapan pejabat kedutaan Syria untuk menghantar memorandum berkaitan krisis kemanusian berlaku di negara itu.Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari Wan Salleh

Amanah hantar mesej kemanusiaan kepada kedutaan Syria

Parti Amanah Negara (Amanah) menghantar memorandum kepada kedutaan Syria di Kuala Lumpur hari ini untuk menegaskan pendirian parti itu terhadap krisis kemanusiaan yang menghimpit rakyat Syria di Aleppo. Amanah diwakili Pengerusi Biro Antarabangsa Nasional Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah; Ketua Biro Antarabangsa Awan Hidayah Ramli; Ketua Awan Nasional Dr Siti Mariah Mahmud danKetua Pemuda Mohd …

Amanah hantar mesej kemanusiaan kepada kedutaan Syria Read More »