Kalau nak senang, dah lama saya mengurat Umno – Mohamad Sabu
Bukan kesenangan dan kemewahan yang menjadi hambatan sejak berjuang 40 tahun bersama PAS. Sebaliknya jika itu yang menjadi kejaran, sudah pasti telah lama Umno menjadi parti yang menjadi pilihan. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Pusat Komuniti Amanah cawangan Bagan Tiang, Parit Buntar.