Dewan Rakyat luluskan Bajet 2017 malam tadi
Persidangan Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 selepas dibahaskan sejak 24 Okt lepas. Rang undang-undang itu diluluskan menerusi undian belah bahagian dengan 105 Anggota Parlimen menyokong, 73 tidak bersetuju dan seorang tidak mengundi (berkecuali). Keputusan undian itu diumumkan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira 11 malam tadi. …