Malaysia Dateline

bajet 2018

Parlimen Bajet 2017

Pembangkang patut tiada masalah undi tolak bajet BN

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin menegaskan Ahli Parlimen pembangkang sebenarnya tiada masalah untuk mengundi menolak Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri. Beliau berkata, undian tersebut sebaliknya satu mesej yang wajar ditonjolkan kepada Presiden Umno yang juga dikenali sebagai Malaysian Official 1 (MO1) itu bahawa rakyat tidak harus cuba diperbodohkan. “Undang-undang dan Perlembagaan benarkan mana-mana …

Pembangkang patut tiada masalah undi tolak bajet BN Read More »

Terima kasih Pas, kata pemimpin Umno kerana tidak tentang Bajet 2018

Pemimpin Umno mengucapkan terima kasih kepada Pas kerana tidak membantah Bajet 2018 yang diundi semalam apabila mengambil pendirian berkecuali. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ashraf Wajdi Dasuki berkata, “Terima kasih Pas,” dalam satu posting di Facebook beliau. 11 Ahli Parlimen Pas daripada 222 anggota Parlimen berkecuali dengan enggan mengundi Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 …

Terima kasih Pas, kata pemimpin Umno kerana tidak tentang Bajet 2018 Read More »

Najib lebih prihatin ‘jalan kampung’ menuju Putrajaya

SAYA bersedia mengakui Bajet 2018 bersifat menyeluruh dan mungkin juga inklusif. Untuk melakukan itu PM Najib terpaksa berbelanja besar mencecah RM280 bilion, berbanding dengan RM260 bilion pada tahun 2017, menambah RM20 bilion. Usah bicara tentang nisbah pembangunan dan pengurusan yang semakin menngecil. Najib persetankan. Dengan jumlah sebesar ini, Najib berpeluang menangani kritikan kronik ahli ekonomi …

Najib lebih prihatin ‘jalan kampung’ menuju Putrajaya Read More »

Bajet 2018 suntik ‘rasa sedap’ pada penyokong tegar BN

Bajet 2018 yang hanya memperuntukkan RM1500 bonus untuk kakitangan awam dan mengekalkan sumbangan BR1M pada tahap RM1200 bukan bermaksud ia belanjawan yang tidak berorientasikan pilihan raya, malah peruntukan yang diberikan kepada lima kelompok sasar dalam ‘ibu segala bajet’ itu bertujuan untuk memastikan penyokong tegar BN tidak beralih sokongan. Pengarah Strategi AMANAH Dr Dzulkefly Ahmad (foto) …

Bajet 2018 suntik ‘rasa sedap’ pada penyokong tegar BN Read More »

‘Ibu segala bajet’ bakal ditampung kenaikan GST dan pengenalan cukai baru, kata Anwar

Bajet 2018 yang dibentangkan perdana menteri di Dewan Rakyat 27 Okt lalu bukan sahaja sarat dengan pelbagai pemberian sekaligus (one off) untuk menarik sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum (PRU) malah mempunyai ‘kelompangan besar’ apabila kerajaan BN gagal menunjukkan kaedah bagaimana mengimbangkan perbelanjaan dengan pendapatan. Penasihat umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam …

‘Ibu segala bajet’ bakal ditampung kenaikan GST dan pengenalan cukai baru, kata Anwar Read More »

Bajet 2018: Sudah cukup manis untuk memenangi PRU-14?

Pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak pada Jumaat lalu di Dewan Rakyat jelas dilihat hanya ‘gula-gula’ terutama kepada penjawat awam dan orang kampung menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. Ini adalah kerana Najib tahu bahawa sokongan daripada golongan ini sudah berkurangan dan tindakan terdesak dilakukan dengan mengumumkan pelbagai inisiatif demi mengekalkan …

Bajet 2018: Sudah cukup manis untuk memenangi PRU-14? Read More »

Datuk Seri Dr Salleh Said Kruak

Dakwaan kerajaan tiru pembangkang bukti setuju Bajet 2018

Dakwaan pembangkang bahawa Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ditiru daripada ‘bajet alternatif’ Pakatan Harapan adalah bukti bahawa pembangkang bersetuju dengan bajet itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata daripada mencari kesalahan dengan Bajet 2018, mereka mengadu bahawa kerajaan mencuri idea daripada mereka. Mengenai …

Dakwaan kerajaan tiru pembangkang bukti setuju Bajet 2018 Read More »