Banjir di Johor, Pahang bertambah buruk
Keadaan banjir di Johor dan Pahang bertambah buruk dan mencatat peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu. Bilangan mangsa banjir di Johor, terus meningkat kepada 3,934 orang daripada 1,079 keluarga setakat 12 tengah hari ini berbanding 3,835 orang daripada 1,054 keluarga pagi tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan …