Wisma Putra sahkan Muhammad Haziq antara 50 mangsa yang maut dalam kejadian tembakan di Chrischurch
Wisma Putra dalam kenyataan awal pagi ini memaklumkan salah seorang rakyat Malaysia yang hilang dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di Chrischurch Jumaat lepas disahkan telah meninggal dunia. “Dengan kesedihan yang mendalam dan dengan persetujuan daripada keluarga, Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa Muhammad Haziq bin Mohd Tarmizi, 17 adalah antara 50 mangsa yang kehilangan …