Kit Siang berucap pada majlis forum di Petaling Jaya. Turut kelihatan Ramesh Chandran (kiri) dan Dr Mujahid. Foto Roketkini

Najib disaran bawa usul undi percaya, dapatkan mandat baru Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran mendapatkan mandat baru dengan usul undi percaya di Dewan Rakyat setelah Deklarasi Rakyat yang turut ditandatangani dan disokong ahli Parlimen BN yang menggesa beliau disingkirkan diumumkan semalam, kata Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.