Malaysia Dateline

Headline

Musa dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini untuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes rasuah. Bernama melaporkan,  kereta Toyota Alphard yang membawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut pada 1 tengahari, diiringi …

Musa dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan Read More »

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara perlu segera dibentang ke kabinet

Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri digesa merealisasikan pelaksanaan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) dengan membentangkan dasar tersebut di dalam kabinet. Persatuan Permata Al-Quran (Permata) antara jawatankuasa induk pelaksanaan dasar tersebut menegaskan,DPTN perlu diangkat ke Parlimen untuk diluluskan dalam sidang dewan bagi merealisasikan pelaksanaannya di peringkat persekutuan. Presidennya Manolito Mohd Dahlan berkata, ia susulan daripada …

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara perlu segera dibentang ke kabinet Read More »

Palu: Bekalan vaksin anti Tetanus habis

Bangunan baru Rumah Sakit Umum Anutapura di Palu sudah rosak tidak boleh digunakan lagi, akui Pengarahnya Dr Ruslan R. Ramli. Menurutnya, semua pesakit terpaksa dipindahkan ke bangunan lama dengan susunan katil terpaksa dirapatkan. “Daripada lima katil pesakit dalam satu-satu ruang, kita terpaksa rapatkan sehingga 10 katil,” ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline hari ini. Malah, kira-kira …

Palu: Bekalan vaksin anti Tetanus habis Read More »

PTPTN

Jumlah kutipan bayaran balik PTPTN RM817.6juta

Jumlah kutipan bayaran balik pembiayaan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterima adalah sebanyak RM817.56 juta bagi tempoh Jun hingga September lalu berbanding RM1,324.43 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas. Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata jumlah tersebut diperoleh selepas proses mengeluarkan 429,945 orang peminjam PTPTN daripada senarai hitam yang dilakukan …

Jumlah kutipan bayaran balik PTPTN RM817.6juta Read More »

Mohamad ke China tinjau pembuatan kapal TLDM, hadiri Forum berkaitan ancaman dan tindakan keganasan

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu kini berada di Republik Rakyat China (RRC) sehingga 26 Oktober 2018 bagi lawatan kerja selama 4 hari di Republic Rakyat China (RRC). Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini memberitahu, Mohamad dalam rangka lawatan pada hari pertama hari ini, telah melakukan upacara Keel Laying Littoral Mission Ship 1 (LMS 1) dan First …

Mohamad ke China tinjau pembuatan kapal TLDM, hadiri Forum berkaitan ancaman dan tindakan keganasan Read More »

Menteri Agama selesaikan masalah 96 pelajar Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar

Seramai 96 orang pelajar jurusan Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar, Mesir telah mula memasuki kelas masing-masing selepas menghadapi masalah pendaftaran selama hampir tiga bulan sejak mereka tiba di negara berkenaan pada 14 Julai lalu. Menteri Agama di Jabatan Perdan Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah menyelesaikan masalah pelajar berkenaan selepas mengadakan pertemuan …

Menteri Agama selesaikan masalah 96 pelajar Maahad Qiraat Shoubra Al-Azhar Read More »

Mazlan berhasrat tingkatkan pendapatan petani, peladang

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) baharu dilantik Mazlan Aliman mahu memastikan pengalamannya selama tiga dekad memperjuangkan nasib peneroka Felda akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memastikan nasib golongan petani dan peladang dapat dipertingkatkan di negara ini. “Sedikit sebanyak pengalaman di Felda akan dimanfaatkan bagi meningkatkan pendapatan golongan petani dan peladang,”ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini. Beliau …

Mazlan berhasrat tingkatkan pendapatan petani, peladang Read More »