Malaysia Dateline

kampung baru

Sudah dapat restu Sultan Selangor, tiada paksaan bangunkan Kampung Baru

Kementerian Wilayah Persekutuan tidak akan menggunakan pendekatan pengambilan secara paksaan memandangkan telah menerima restu Sultan Selangor selain Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Sulaiman Mahbod dan sudah menandatangani untuk membangunkan Kampung Baru. Menterinya, Khalid Samad berkata, pihaknya akan menguar-uarkan segala langkah pelaksanaan secara telus tanpa berselindung. Menurutnya, terdapat banyak publisiti negatif yang sengaja diwujudkan pihak …

Sudah dapat restu Sultan Selangor, tiada paksaan bangunkan Kampung Baru Read More »

Kaedah terbaik bangunkan Kampung Baru

Sejak Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan tawaran baharu kepada pemilik dan pewaris Kampung Baru pada Khamis lepas, pelbagai maklum balas diterima yang menarik perhatian masyarakat umum. Sudah ada yang tersenyum lebar apabila kerajaan menawarkan harga baharu RM1,000 bagi setiap satu kaki persegi pembelian tanah Kampung Baru berbanding tawaran sebelumnya iaitu RM850 setiap kaki …

Kaedah terbaik bangunkan Kampung Baru Read More »

Kampong Baru: Harga tanah diminta pemilik atau pewaris perlu diambil kira

Selepas menghadiri sesi Town Hall hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berkata, pihaknya perlu mengambil kira harga pembelian tanah yang diminta oleh pemilik atau pewaris yang mesti memungkinkan projek pembangunan semula itu dapat dilaksanakan. Beliau berkata, sekiranya membeli tanah pemilik atau pewaris dengan harga yang mahal, maka pihaknya juga perlu menjual dengan kadar …

Kampong Baru: Harga tanah diminta pemilik atau pewaris perlu diambil kira Read More »

Town Hall Kampong Baru: Maklum balas pemilik dan pewaris tampak positif

Suasana Sesi Town Hall Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad bersama pemilik dan pewaris tanah di kampung berusia 119 itu, berjalan dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif. Khalid secara umumnya menyifatkan, pemilik dan pewaris tanah yang dihadiri kira-kira 2,500 orang kelihatan boleh bersetuju dengan pembangunan semula yang mahu dilaksanakan di kampung tersebut. “Daripada …

Town Hall Kampong Baru: Maklum balas pemilik dan pewaris tampak positif Read More »

MAS setuju Kampung Baru berusia 119 tahun dimodenkan

Setiausaha Kehormat Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) Kampung Baru, Shamsuri Suradi menyifatkan, pihaknya bersetuju sekiranya Kampung  Baru berusia 119 itu dibangunkan, namun penjelasan pembangunan secara lebih terperinci diperlukan. Katanya, jika dilihat melalui cadangan pihak kerajaan terhadap pembangunan yang dirancang itu, ianya adalah lebih menjurus ke arah faktor ekonomi. “Pada pendapat kami, dari segi ekonomi …

MAS setuju Kampung Baru berusia 119 tahun dimodenkan Read More »

Kerajaan akan berjumpa semua pemilik tanah Kampung Baru 21 September depan

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad akan mengadakan perjumpaan bersama semua pemilik tanah Kampung Baru pada 21 September depan, bagi membincangkan secara mendalam tentang pelan pembangunan di kampung tersebut. Dalam perjumpaan itu, Khalid berkata, pihaknya akan menjelaskan kepada semua pemilik tanah Kampung Baru itu mengenai hasrat kerajaan dalam usaha untuk membangunkan penempatan itu. “Selain menjelaskan …

Kerajaan akan berjumpa semua pemilik tanah Kampung Baru 21 September depan Read More »