Malaysia Dateline

Khalid Samad

Latheefa diyakini tahu aspek perundangan sebelum dedah rakaman

Menteri Kabinet, Khalid Samad yakin Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya tahu mengenai sudut perundangan sebelum mendedahkan rakaman audio perbualan Najib Razak. Menteri Wilayah Persekutuan itu juga percaya SPRM mempunyai alasan kukuh untuk membuat pendedahan percakapan antara Najib dengan beberapa individu termasuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan pemimpin dari Emeriah Arab …

Latheefa diyakini tahu aspek perundangan sebelum dedah rakaman Read More »

Politik Islam bukan mengajar rakyat bohong, kata Khalid

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad menegaskan politik Islam bertujuan untuk menjadikan rakyat berakhlak mulia demi kejayaan dunia dan akhirat. Tanpa menyebut nama Pas, beliau berkata, sikap mempertahankan tindakan berbohong malah mendakwa perkara itu “wajib” dibimbangi akan mengelirukan masyarakat bukan Islam. “Kata bohong wajib, saya tepuk dahi. Kita tahu apa yang dia cakap tidak betul tetapi …

Politik Islam bukan mengajar rakyat bohong, kata Khalid Read More »

Selepas 100 hari, Khalid Samad catat 3 kejayaan utama

Politik, bukan sekadar pecaturan yang bercorak strategik. Di mana yang menang akan mendapat seribu satu habuan; justeru yang kalah pula akan terus dipinggirkan. Sebenarnya, berjaya ataupun gagalnya karier seseorang ahli politik terletak pada keberkesanan mereka dalam mengutarakan hujah-hujah beliau, merangka tindakan dan mempastikan keberkesanan tugas mereka. Dari ketiga-tiga segi ini, Khalid Samad, sebagai Menteri Wilayah …

Selepas 100 hari, Khalid Samad catat 3 kejayaan utama Read More »

Kembali kepada Kementerian Wilayah Persekutuan

Selepas ditukar kepada Kementerian Wilayah, nama kementerian itu kini ditukar balik kepada Kementerian Wilayah Persekutuan. Perkara ini diumumkan secara sepintas lalu oleh menterinya Khalid Abdul Samad dalam satu majlis di sebuah hotel dekat Kuala Lumpur hari ini. “Nama kementerian Wilayah telah dikembalikan kepada nama asalnya Kementerian Wilayah Persekutuan,” kata Khalid. Khalid tidak memberikan penjelasan lanjut …

Kembali kepada Kementerian Wilayah Persekutuan Read More »

Asalkan tidak melobi, tiada paksaan anggota AMANAH tolak darjah kebesaran

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, tiada paksaan untuk anggota parti menerima atau menolak darjah kebesaran, bintang dan pingat. Menurutnya, terpulang kepada individu untuk menerima atau sebaliknya jika ditawarkan darjah kebesaran asalkan bukan dengan cara melobi atau membeli gelaran berkenaan. “Dalam soal ini, kita tidak menetapkan apa pendirian kepada mereka yang ditawarkan, tapi hanya mengingatkan …

Asalkan tidak melobi, tiada paksaan anggota AMANAH tolak darjah kebesaran Read More »

Pas sokong Oktoberfest boleh dibenarkan dengan syarat

Selepas dihentam kiri dan kanan berkaitan Oktoberfest, akhirnya Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sendiri bersetuju dengan kenyataan Menteri Wilayah, Khalid Samad bahawa perayaan itu boleh dibenarkan dengan syarat. Ketika ditemui media di lobi Parlimen, Takiyuddin berkata, kenyataan Khalid itu adalah langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan. “Saya melihat bahawa kerajaan, walaupun setengah pihak tak …

Pas sokong Oktoberfest boleh dibenarkan dengan syarat Read More »

Kerajaan peroleh RM149 juta selepas jualan tanah DBKL dirundingkan semula

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mendapat RM149 juta selepas tanah-tanahnya yang dijual sebelum ini dirundingkan semula oleh kerajaan baru dengan pembeli terbabit. Keputusan rundingan itu dimuktamadkan setelah tiga sesi perbincangan diadakan antara pasukan Rundingan Khas yang dianggotai pegawai kanan Kementerian Wilayah, Pejabat Menteri Wilayah, Jabatan Peguam Negara dan DBKL dengan pihak syarikat terbabit. Menteri …

Kerajaan peroleh RM149 juta selepas jualan tanah DBKL dirundingkan semula Read More »