Pas jadi king maker di Perak

Pas betul-betul menjadi king maker di Perak apabila kedua-dua parti utama, BN dan Pakatan Harapan gagal membentuk kerajaan sendiri. Ahli majlis SPR, Abdul Aziz Khalidin mengumumkan PKR mendapat 29 kerusi, BN 27 manakala Pas mendapat 3 kerusi. Ini bermakna, mana-mana parti yang disokong oleh Pas akan boleh membentuk kerajaan di negeri Perak.