Sidang media kontraktor binaan kilang dandang wap NSE Energy Sdn Bhd menuntut bayaran yang tertunggak.

Pelabur asing diberi subsidi, kontraktor tempatan tidak dibayar

Ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itu situasi dialami 16 kontraktor yang telah menyiapkan pembinaan kilang dandang wap (steam boiler), NSE Energy Sdn Bhd (NSEE) di Kerteh, Terengganu ketika kerajaan boleh memberi subsidi ratusan juta ringgit kepada pelabur asing.