Saya memang diktator, semua yang lain dungu, tulis Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku semalam bahawa beliau adalah ‘diktator’ semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan semua Majlis Tertinggi Umno dan Kabinet adalah ‘dungu’ kerana hanya beliau sahaja yang bercakap dalam mesyuarat.