Lautan manusia dalam program Pakatan Harapan di Kuching

Buat pertama kali Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hadir dalam siri jelajah di Kuching Sarawak seramai 10,000 rakyat Sarawak hadir untuk mendengar ceramah pimpinan Pakatan Harapan malam tadi. Pada malam itu Ketua DAP Sarawak merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen telah membaca rangka manifesto Pakatan Harapan untuk negeri Sarawak.