Mustafa diketepikan terus dari Pas manakala Iskandar diketepikan dari mengetuai Pas Selangor.

Ketepi Mustafa untuk cepatkan perkahwinan Pas Umno, dakwa penulis

Tindakan mengenepikan Datuk Mustafa Ali sebagai ketua pengarah pilihan raya dan Datuk Iskandar Samad sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor adalah sambungan usaha untuk mempastikan Pas boleh bekerjasama dengan Umno, kata penganalisis.