Masih ramai pengguna enggan menggunakan pengangkutan awam kerana tahap perkhidmatan yang rendah.

Pengangkutan terbaik dunia: PM dinasihat jangan ‘syok sendiri’

Walaupun kajian yang dijalankan World Economic Forum (WEF) meletakkan Malaysia di kedudukan ke-11 terbaik dunia dalam infrastruktur pengangkutan awam dan swasta, namun tinjauan dibuat  Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mendapati 48% pengguna tidak berhasrat menggunakan pengangkutan awam pada masa hadapan.