Pertahan kerajaan PH, usah ulang kesilapan BN
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kejayaan mengubah kerajaan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu dipertahankan agar kesilapan yang pernah dilakukan kepemimpinan terdahulu tidak berulang. Menurutnya, rakyat di Sabah dan Semenanjung membuat rekod besar mengubah kerajaan pada PRU lalu memandangkan berlaku selepas 60 tahun BN berkuasa. “Ia adalah satu keputusan yang besar, …