Timbunan sampah di Hutan Simpan Segari Melintang turut dilihat jatuh di takungan berhampiran sebelum air itu mengalir ke laut

Operasi haram pelupusan sampah di Dun Pangkor membimbangkan

Bau busuk menyesakkan hidung. Lalat berterbangan dan menghinggap tumbuhan seperti simpuh air yang berbunga kuning. Daunnya yang boleh digunakan untuk membungkus tempe itu seolah-olah sedang ‘dibungkus’ lalat.