Malaysia Dateline

tulisan jawi

Saya tidak membisu isu tulisan jawi, tegas Mujahid

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menafikan dakwaan kononnya beliau membisu ketika berlaku polemik isu tulisan jawi di sekolah vernakular. Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri secara peribadi telah bertemu dengan kumpulan yang menolak pengajaran jawi dan menerangkan tentang kewajaran sistem tulisan bahasa Melayu itu. “Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tidak perlu …

Saya tidak membisu isu tulisan jawi, tegas Mujahid Read More »

Kedudukan Jawi antara perundangan, budaya dan agama

Sehingga kini, polemik tulisan jawi masih belum reda. Dong Jiao Zong masih lagi belum dapat menerima cadangan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan pelajaran tulisan jawi di sekolah-sekolah termasuk di sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Manakala, satu pihak yang pro jawi pula tetap bertegas untuk melaksanakan pengajaran tulisan jawi. Mujurlah, pihak polis telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah …

Kedudukan Jawi antara perundangan, budaya dan agama Read More »

Mengapa melenting belajar jawi, disuruh nyanyi Negaraku?

Satu hantaran di laman Facebook Kelab Penyokong Imigresen Malaysia mendapat perhatian ramai apabila mengongsikan kisah tentang ‘padah’ tidak menguasai bahasa kebangsaan ketika memperbaharui pasport. Cerita yang memetik laporan Sinchew Daily itu berkisar tentang seorang ibu yang memberitahu tiga anak remajanya telah diminta oleh pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan membaca Rukun …

Mengapa melenting belajar jawi, disuruh nyanyi Negaraku? Read More »

Jabatan Mufti Johor, Majlis Perbandaran Bentong perkasa tulisan Jawi

Beberapa keputusan memartabatkan tulisan Jawi muncul selepas negara digemparkan dengan dakwaan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bahawa sebanyak 1,118 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan pertubuhan Cina tidak bersetuju terhadap pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi. Di JOHOR, Muftinya, Datuk Yahya Ahmad dalam satu kenyataan media hari ini mengumumkan perubahan waktu Subuh …

Jabatan Mufti Johor, Majlis Perbandaran Bentong perkasa tulisan Jawi Read More »

Dari enam ke tiga muka surat, IKRAM gesa aktivis pendidikan vernakular hargai tolak ansur

Dua hari sebelum berlangsungnya kongres membantah pengenalan pelajaran jawi di sekolah vernakular di Kolej New Era, Kajang, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) juga tampil bersuara. Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad mengingatkan jika kumpulan pendidikan vernakular berkeras, pihak lain pula akan bertindak balas dan suasana keamanan keharmonian negara boleh terjejas. Menurutnya, belum ada hujah atau alasan …

Dari enam ke tiga muka surat, IKRAM gesa aktivis pendidikan vernakular hargai tolak ansur Read More »

Jawi sebahagian bahasa kebangsaan, mahkamah benar diajar di sekolah vernakular

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, menolak permohonan Gerakan yang mahu pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara. Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Amarjit Serjit Singh yang memutuskan tulisan Jawi adalah sebahagian daripada Bahasa Malaysia, yang juga Bahasa Kebangsaan. Amarjit berkata, pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi oleh kerajaan …

Jawi sebahagian bahasa kebangsaan, mahkamah benar diajar di sekolah vernakular Read More »

Tulisan Jawi: Beri kuasa kepada PIBG tanda Melayu mudah mengalah

Tindakan kerajaan yang menyerahkan kuasa kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk membuat keputusan dalam pelaksanaan tulisan Jawi di sekolah, dianggap sebagai petanda orang Melayu sudah mula mengalah. Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, ini secara tidak langsung menyerlahkan sikap orang Melayu yang terlalu bertolak ansur …

Tulisan Jawi: Beri kuasa kepada PIBG tanda Melayu mudah mengalah Read More »