Umno Sabah tidak akan bubar, kata Annuar
Spekulasi empat Ahli Parlimen Umno Sabah akan keluar parti itu bukan khabar angin. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa memberi jaminan bahawa UMNO Sabah tidak akan sesekali dibubarkan. Jelas Annuar, beliau telah bercakap dengan wakil-wakil rakyat terbabit dan mereka memaklumkan mempunyai masalah terutamanya isu kekakangan peruntukan serta wang, selain daripada tidak memiliki kuasa. …