Pengasas bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Lim Wei Jiet, 31, menegaskan bahawa tindakan mengenakan tahanan reman terhadap Rizal van Geyzel sebagai menutup kebebasan bersuara.
Pendapat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA yang juga pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu itu dilihat menerima bantahan banyak pihak.
Antaranya, Azman Naim, 37, yang cukup dikenali dalam kalangan pengguna media sosial dalam menyanyikan lagu bentuk parodi dengan lirik mengkritik isu semasa.
Untuk rekod, Rizal yang merupakan pengasas bersama Crackhouse Comedy Club dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang semalam selepas sehari direman.
Rizal yang ditahan kelmarin, disiasat atas tiga video tular yang dikatakan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.
Antara video tular membabitkan Rizal itu mendakwa orang Melayu tidak faham lawak yang dibuat alam bahasa Tamil bahkan bahasa Inggeris.
Dalam satu video komediri (komedi berdiri) lain juga di Crackhouse Comedy Club, dia menuduh sekolah kerajaan telah mengasingkan murid mengikut kaum dengan guru agama di sekolah kerajaan memberitahu bahawa orang bukan Islam akan masuk neraka.
“Sebaik sahaja kamu tiba di sekolah, mereka asingkan kamu mengikut agama kamu, bukan?
“Jika kamu Muslim, kamu pergi ke pengajian Islam, bukan? Dan kamu bukan Islam, kamu akan masuk neraka,” kata Rizal.
Ikuti pendapat Azman yang dikenali di media sosial sebagai Azman Naim 44 Mantra yang antara lain secara menyindir mahu mengamalkan kebebasan bersuara dengan berharap golongan liberal cepat dikandung tanah:
“Kena ada batas. Ini bukan kebebasan bersuara (freedom of speech). Saya akui, saya suka troll dan buat lawak bodoh tentang banyak isu (berkaitan sosial dan politik).
Tapi kena ingat, tidak semua perkara kita boleh buat lawak. Lebih-lebih lagi bab agama dan bangsa.
Punca saya berdiam diri pasal isu ni pada awalnya adalah kerana saya tahu, ada pihak tertentu nak test market dan nak sebar ideologi macam ni.
Lagi kita layan lagi viral dan cara penyebaran ideologi dia berjaya. Orang semua follow dia. Tak percaya tengoklah subscribers dia meningkat.
Sebab itu, saya tidak mahu sebar atau komen. Saya takkan bagi free marketing untuk mereka. (Sesetengah orang kita pun, pergi follow dia buat apa? Maki, hit & run je lah. Buat apa nak follow?)
Semua benda kena ada batas. Bukan semua benda boleh kategorikan dalam freedom of speech. Jangan mula dan jangan normalize.
Kena ada had. Kita ni duduk dalam negara yang pelbagai agama, kaum dan budaya. Benda ni fragile.
Benda ni kalau salah tuning, boleh padang jarak padang terkukur.
Banyak lagi benda kita boleh jadi bahan lawak. Tapi bila muncul puak-puak yang menyokong mereka dan mastermind pada gerakan jenis macam ni, saya tidak boleh diam.
Buat lawak bab terkait agama lepas tu kata ni freedom of speech? Abah dia!
Hari ni buat lawak tentang Islam, ada orang Islam marah. Lepas tu bagi alasan “freedom of speech”?
Lepas tu buat lawak bab Hindu, dan kemudian Kristian, Buddha, semua dibuat lawak, lepas tu cakap ni “freedom of speech”?
Kemudian main buat lawak bab kaum pulak? Then claim “freedom of speech”? Sampai bila benda ni nak diteruskan? Sampai semua orang terima? Atau sampai semua orang mati sebab bertikam sama sendiri?
Saya bukan orang alim. Saya jahat. Tapi jangan sentuh bab agama dan kaum saya. Seperti mana saya hormati agama dan kaum lain, begitu juga saya harap sebaliknya.
Tutup saja tempat tu. Kita boleh buka tempat baru yang ada sense of respect bab agama dan isu-isu sensitif. Buka tempat baru yang ada garis panduan.
Tak best sebab tak boleh buat lawak berkaitan kaum dan agama? Banyak lagi benda boleh dibuat lawak. Contohnya, tahap kerendahan IQ setengah orang politik dan cerita tentang kekesalan ibunya melahirkannya dulu.
Now i am practicing my freedom of speech: Golongan liberal moga cepat dikandung tanah
P/s : Dengarnya Tweet ni dah padam: