Tahap paras empangan Sungai Selangor konsisten

Tahap paras empangan Sungai Selangor konsisten

Takungan air di empangan Sungai Selangor masih berada pada tahap konsisten dengan bacaan 66.12 walaupun cuaca panas.

Menurut laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), lima empangan di Selangor mencatatkan bacaan melebihi 70 peratus.

EmpanganEmpangan Batu mencatatkan takungan 71.70 peratus, Semenyih (70.07%) dan Langat (73.33%).

Bagi empangan Tasik Subang mencatatkan takungan 87.00 peratus dan empangan Sungai Tinggi (76.05%).

Manakala bagi empangan Klang Gates pula mencatatkan 63.45 peratus dan Kolam Takungan Sungai Labu pula 48.50 peratus dicatatkan.

Sebelum ini, Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata Kerajaan Negeri dalam usaha melakukan pelbagai inisiatif
supaya masalah kekurangan air dialami sebelum ini tidak berulang.

empangan kiniAntara proses dilakukan Kerajaan Negeri ialah pelepasan air di empangan dilakukan ke setiap kawasan dan operasi pembenihan awan sejak awal
tahun lalu diteruskan hingga kini.

Katanya, pendekatan lain adalah Hybrid Off River Augmentation System (HORAS) menerusi kolam takungan yang mengumpulkan air dari sungai disalurkan pada
musim tengkujuh untuk digunakan pada musim kering.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bacaan empangan di Selangor, orang ramai boleh melayari laman sesawang LUAS : http://www.luas.gov.my/

TAGS